ELAKKAN COVID 19! BANTU SAYANGI DIRI ANDA DAN KELUARGA.

Soal Jawab

Soalan 1 – Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan – Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 2 – Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan – Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;

a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 3 – Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan – Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah;

a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69

“…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”

a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 4 – Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan – Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

Sumber : MARDI