ELAKKAN COVID 19! BANTU SAYANGI DIRI ANDA DAN KELUARGA.

SIAPALAH KAMI UNTUK BUAT ANDA JATUH HATI KEPADA MADU KELULUT SERIBU KASIH?

 

Sebelum Saya membuat keputusan untuk menjual  Madu Kelulut Seribu Kasih..Saya terlebih dahulu menjadi pengemar & pengamal secara konsisten Madu Kelulut hampir 2 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh kawan.

 

Akibat Kemalangan pada umur 30-an menyebabkan  hampir setiap 3 bulan  luka Tisu Pergelangan Kaki pasti berlaku dan Radang bengkak hingga membatas pergerakan Saya untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian Saya.

 

Alhamdulilah setelah Saya amalkan Madu Kelulut secara konsisten sudah 2 tahun saya tidak lagi mengalami masalah Radang Pergelangan Kaki (Luka Tisu).

 

Masalah Resdung yang saya alami sekian lama juga sudah berkurangan dan hampir tiada lagi. Saya sangat Syukur akan Nikmat Allah kepada saya iaitu Nikmat Kesihatan yang semakan baik.

 

Saya juga ada masalah angin Gerrp..hingga perut kembung. Hingga kini masalah tersebut juga berkurangan.

 

Saya mula Menternak Lebah Kelulut untuk buat makan sendiri hinggalah kawan-kawan ingin membeli Madu dengan saya akibat Keajaiban Madu Kelulut (Khasiat yang ada dalam Madu Kelulut).

 

Yakin dan percaya In Shaa Allah pasti ada jalan untuk setiap masalah kesihatan kita.

Terus terang Saya katakan saya memang jatuh cinta dengan aroma dan rasa madu kelulut disamping khasiatnya yang luar biasa.

 

Niat yang baik-baik sewaktu makan Madu Kelulut dan Saya mendoakan semoga Pengguna Madu Kelulut Seribu Kasih mendapat manfaat dari Madu Kelulut dan sentiasa diberkati amalan rutin harian.

 

Usaha saya bukan untuk meraih keuntungan yang sedikit tetapi lebih kepada membantu mereka yang ingin Kesihatan yang berpanjangan.

 

Terima Kasih kepada Pengguna Madu Kelulut Seribu Kasih

Image

Berminat nak dapatkan Madu Kelulut Seribu Kasih? Klik Button di bawah sekarang!

Jawapan – Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Jawapan – Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan; a. merupakan fiber larut air b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Jawapan – Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah; a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air. b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69 “…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….” a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’ e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Jawapan – Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.